SAMBAL UDANG PETAI
BAHAN-BAHAN
1- 50 gram cili kering
2- 5 biji bawang merah
3- 3 ulas bawang putih
untuk bahan 1-3 dikisar bersama
4- 500gram udang bersaiz sederhana-dikupas kulit dan dibersihkan
5- 10 ulas petai - dibelah dua
6- 2 sudu makan air asam jawa
7- Garam merajuk
CARA MEMBUAT
1. Goreng udang yang telah dibersihkan separuh masak. Angkat dan tepikan
2. Sementara itu, tumis cili kering bersama bawang yang telah dikisar sehingga garing
3. Kemudian masukkan air asam jawa dan kacau
4. Selepas itu, masukkan pula petai bersama udang yang telah digoreng sebentar tadi
5. kacau sebati sebelum dimasukkan garam secukup rasa.
***Kalau boleh cili kering tu dipotong dan direbus untuk elakkan terlalu pedas dan bercampur dengan biji cili***
SINGGANG IKAN TENGGIRI
Waktu memasak : 10 minit
Saiz hidangan untuk : 4 orang
BAHAN-BAHAN
1. 2 Ekor ikan tenggiri - dipotong
2. 1 labu bawang besar-dimayang
3. 5cm kunyit hidup -diketuk
4. 2.5cm halia -diketuk
5. 2.5cm lengkuas- diketuk
6. 1 biji cili merah-dibelah empat
7. 1 biji cili hijau -dibelah empat
8. 2 tangkai daun kesum
9. 1 batang serai - diketuk
10. 3 sudu makan air asam jawa
11. 250ml air
12. Garam dan gula secukup rasa serta serbuk perasa
CARA MEMASAK
1. Masukkan air ke dalam periuk dan bahan-bahan lain kecuali ikan, garam dan gula serta bahan perasa. Didihkan seketika.
2. Kemudian masukkan ikan dan didihkan sehingga ikan masak dan kuah sebati.
3. Akhir sekali perasakan secukupnya
4. Angkat dan sedia untuk dimakan.
***Air asam jawa juga boleh diganti dengan asam keping sebanyak 2-3 keping***
ASAM PEDAS IKAN PARI
Waktu memasak : 25 minit
Saiz hidangan untuk : 6 orang
BAHAN-BAHAN
1. 500gram ikan pari
2. 4 biji bawang merah - dimayang
3. 1 batang serai -diketuk
4. 10 tangkai cili kering-dikisar
5. 2 cm lengkuas -dikisar
6. 20gram belacan-dikisar
7. 1/4 sudu teh halba
8. 2 helai daun limau purut
9. 50ml air asam jawa
10. Air secukupnya
11. Garam dan bahan perasa secukup rasa
CARA MEMASAK
1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah, serai dan juga bahan kisar hingga naik baunya
2. Kemudian masukkan halba bersama air dan juga ikan pari .Biarkan hingga kuahnya mendidih.
3. Tuangkan air asam jawa dan juga daun limau urut.
4.. Perasakan dengan garam da sedikit bahan perasa secukup rasa dan biarkan mendidih.
5. Sedia dinikmati.
***Untuk menyelerakan lagi boleh letak kacang bendi bersama***
No comments :
Post a Comment